Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.

Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2018

Program diadakan di Pusat Internet Felda Tenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dijalankan dengan mengadakan pertandingan dan aktiviti sukan di kalangan golongan dewasa iaitu pertandingan gubahan dan sukaneka....baca selanjutnya

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI BERSAMA NATIONAL KIDNEY FOUNDATION DI KG KERANDANG, MUKIM JABI

Aktiviti Terkini | 26 September 2018

Program ini sebagai salah suatu aktiviti yang dijalankan bersama pertubuhan sukarelawan yang memberikan khidmat dari segi pendidikan kesihatan kepada masyarakat kampung....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2018

Aktiviti pertandingan mewarna bermula pada pkul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Penyampaian hadiah disampaikan kepada semua pelajar, guru dan pemenang pertandingan mewarna pada hari tersebut....baca selanjutnya

MAJLIS TERBUKA HARI RAYA PUSAT INTERNET TASEK MENGKUANG

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2018

Sambutan Hari Raya ini diadakan bagi menyambut kemeriahan syawal dan mengeratkan silaturrahim antara masyarakat setempat serta pengguna pusat internet Tasek Mengkuang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KAD RAYA ONLINE KREATIF

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018

Aktiviti ini membolehkan pelajar dapat belajar menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Paint dengan lebih baik apabila berjaya mencipta Kad Raya menggunakan kreativti masing-masing...baca selanjutnya

PROGRAM INTERAKTIF AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2018

Program ini adalah sebagai salah satu aktiviti bulanan bersempena dengan bulan Ramadhan untuk mendidik para peserta cintakan Al-Quran ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KEUSAHAWANAN SEMPENA PROGRAM IBU TABAH DUN JABI

Aktiviti Terkini | 01 April 2018

Program advokasi keusahawanan ini diadakan sempena meraikan program ‘Ibu Tabah’ iaitu ibu tunggal yang berada sekitar DUN Jabi. Program tersebut dirasmikan oleh YB HJ Mohd Iskandar Bin Jaafar. Program Advokasi yang dianjurkan ini mendapat sambutan meriah yang dihadiri lebih kurang 500 peserta...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA KARNIVAL KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN SUKAN TRADISIONAL DUN JABI

Aktiviti Terkini | 22 & 23 Mac 2018

Program Advokasi ini diadakan sempena Bulan Kebudayaan Dan Kesenian yang dianjurkan oleh Dun Jabi dan Parlimen, Setiu yang dihadiri oleh YB Tuan Hj Mohd Iskandar Bin Jaafar dan YB Datuk Che Mohamad Zulkifly B. Jusoh selaku ahli Parlimen Setiu....baca selanjutnya

PENULISAN SURAT

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018

Aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti bulanan untuk mengeratkan hubungan antara staff PI1M dan ahli-ahli PI1M dan meningkatkan kemahiran menaip menggunakan perisian Microsoft word....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG DI PI1M

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2018

Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara staff PI1M dan ahli-ahli PI1M dan membersihkan kawasan sekitar PI1m sempena tahun baru 2018...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti