Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.

Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti